fbpx
Anwar ketika menghadiri Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) 2025.

MK3D 2025 lonjak potensi usahawan desa – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penganjuran Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) 2025 yang menggabungkan tiga acara utama secara serentak disifatkan sebagai langkah strategik dalam memperkasakan ekonomi desa dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara secara inklusif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, MK3D yang merangkumi Karnival Usahawan Desa (KUD), Hari Peneroka Felda dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) telah menjadi platform bersepadu untuk mengetengahkan produk tempatan kepada pasaran lebih luas.

“Langkah bijak menggabungkan tiga program besar ini bukan sahaja menjimatkan sumber, malah memperluas akses pasaran kepada usahawan desa untuk mempromosikan produk mereka kepada khalayak yang lebih besar, termasuk pelabur dan pembeli antarabangsa.

“Kebolehpasaran produk luar bandar yang semakin menyerlah membuktikan potensi Malaysia sebagai hab keusahawanan mampan di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Anwar berkata, inisiatif seperti ini memberi impak besar terhadap agenda pembangunan desa dan memperkukuh peranan sektor luar bandar dalam menyumbang kepada ekonomi negara.

Tambah beliau, kerajaan komited untuk memastikan sektor keusahawanan desa terus mendapat sokongan yang sewajarnya agar mampu bersaing di peringkat global. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI