fbpx
Pemandangan loji jana kuasa nuklear Zaporizhzhia di selatan Ukraine pada 15 Jun 2023. - AFP

Letupan muncul dari loji nuklear Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KYIV – Pasukan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Loji Janakuasa Nuklear Zaporizhzhia (ZNPP), Ukraine menyatakan bahawa ia mendengar bunyi letupan dan melihat asap muncul di lokasi berdekatan ketika Russia melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Kyiv, lapor laman berita TRT Global.

“Pasukan IAEA di ZNPP mendengar letupan dan melihat asap datang dari lokasi berdekatan. Pegawai ZNPP mengesahkan bahawa salah satu kemudahan itu telah diserang hari ini (semalam),” kata kenyataan oleh IAEA dengan memetik ketua pemerhati, Rafael Grossi.

Pegawai ZNPP memaklumkan kepada IAEA bahawa kemudahan tersebut yang terletak 1,200 meter dari perimeter loji itu, terkena tembakan dan serangan dron bermula pukul 9 pagi (waktu tempatan).

“Ia serentak dengan masa pasukan itu mendengar aktiviti ketenteraan berhampiran.

“Asap dari kawasan itu masih kelihatan pada sebelah petang,” katanya.

Insiden itu adalah yang terbaharu dalam siri insiden beberapa minggu dan bulan kebelakangan ini yang menggariskan risiko keselamatan nuklear di tengah-tengah konflik ketenteraan di ZNPP.

“Sebarang serangan di sekitar loji kuasa nuklear tanpa mengira sasaran yang dimaksudkan, akan menimbulkan risiko untuk keselamatan nuklear serta mesti dielakkan. 

“Sekali lagi saya menyeru agar sekatan ketenteraan maksimum dikenakan berhampiran kemudahan nuklear untuk mengelakkan risiko berterusan kemalangan nuklear,” tambah Grossi dalam kenyataan sama.

Sementara itu, Russia melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Kyiv pada awal pagi ini, kata pentadbiran tentera ibu negara Ukraine tersebut dalam aplikasi Telegram.

Saksi turut mendengar letupan kuat menggegarkan bandar raya tersebut sejurus selepas tengah malam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI