fbpx
Penduduk Gaza membawa guni tepung ketika berjalan di sepanjang jalan al-Rasyid di barat Jabalia pada 17 Jun lalu. - AFP

Hamas enggan letak senjata selagi Palestin tidak merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR GAZA – Hamas menegaskan bahawa ia tidak akan meletakkan senjata melainkan sebuah negara Palestin yang berdaulat ditubuhkan, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Penegasan itu dikeluarkan sebagai tindak balas kepada salah satu tuntutan utama Israel dalam perbincangan mengenai gencatan senjata di Gaza.

Kumpulan pejuang Palestin itu berkata, ia bertindak balas terhadap kenyataan yang dikaitkan dengan Utusan Asia Barat Presiden Donald Trump, Steve Witkoff bahawa Hamas telah menyatakan kesanggupannya untuk meletakkan senjata.

Israel menganggap pelucutan senjata Hamas sebagai salah satu daripada beberapa syarat utama bagi sebarang perjanjian untuk menamatkan konflik Palestin.

Dalam beberapa hari lalu, negara-negara Arab menggesa Hamas melucutkan senjata dan menyerahkan kawalan ke atas Gaza, selepas beberapa negara Barat termasuk Perancis dan Kanada mengumumkan rancangan untuk mengiktiraf negara Palestin. 

Britain pula berkata, ia akan bertindak serupa sekiranya Israel tidak memenuhi syarat tertentu menjelang September depan.

Hamas berkata dalam kenyataannya bahawa ia tidak boleh menyerahkan hak untuk menentang dan melucutkan senjatanya, melainkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat penuh dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota ditubuhkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI