fbpx
Keadaan bendera yang dipasang terbalik di sebuah sekolah.

Bendera terbalik: SJKC Chung Hua mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Susulan insiden pemasangan bendera Jalur Gemilang secara terbalik pada 1 Ogos lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, di sini, memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat.

Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam kenyataan berjanji untuk terus melaksanakan tanggungjawab pendidikan dengan penuh integriti demi maruah negara.

Menurut lembaga itu, pihak sekolah menerima makluman sekitar pukul 5 petang dan mengambil langkah pembetulan dengan segera.

“Seorang pekerja sekolah menjalankan tugas pemasangan bendera sebelum tamat waktu bekerja, namun, akibat kecuaian, salah satu bendera telah dipasang dalam keadaan terbalik.

“Kesilapan ini adalah tidak disengajakan, kami mengakui bahawa ia telah menimbulkan kekeliruan dan kegusaran awam. Kami rasa amat kesal,” katanya di sini hari ini.

1 Ogos lalu, Bersatu Bahagian Port Dickson mengesan insiden Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di hadapan SJKC di daerah ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI