PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 9 malam ini.
Amaran itu melibatkan negeri-negeri termasuk Perak (Hulu Perak), Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis).
Situasi sama turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kapit (Belaga), Bintulu (Sebauh), Miri dan Limbang.
Sementara itu, di Sabah, kawasan yang terjejas meliputi Pedalaman (Keningau dan Tambunan) serta kawasan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).- KOSMO! ONLINE.