fbpx

‘Tergelincir, Superman Muar pun tak sempat buat apa-apa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Nasib baik tak lupa ingatan.”

Demikian kata pelakon Bella Astillah selepas tergelincir di kawasan air terjun ketika menjalani sesi fotografi bersama sebuah jenama pakaian.

Momen cemas itu turut disaksikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abd. Rahman, 32, yang berada hanya beberapa langkah darinya, namun tidak sempat menghulurkan bantuan.

“Video 10 saat yang cukup mendebarkan. Superman Muar pun tak sempat nak buat apa-apa,” katanya menerusi satu hantaran Instastory.

Wajah cemas Saddiq jelas terpancar apabila melihat Pelantun Lebih Indah Berpisah itu rebah tanpa sempat berpaut pada apa-apa.

Malangnya, video berkenaan tidak memaparkan keadaan Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, selepas tergelincir, sekali gus mencetuskan kebimbangan netizen.

Pun begitu, dalam hantaran susulan, ibu dua anak itu memuat naik tangkap layar mesej yang dihantar kepada keluarganya selepas kejadian.

“Nasib baik tak lupa ingatan, tapi balik dari Sabah nak buat pemeriksaan takut ada darah beku,” tulisnya.

Rata-rata peminat meluahkan rasa risau dan menggesa Bella menjalani pemeriksaan lanjut.

“Lepas ni kena hati-hati sikit. Tempat licin bahaya, kalian berdua ibaratnya darah manis,” komen netizen.

“Syukur tak jadi apa-apa serius. Cepat-cepat periksa takut ada kecederaan dalaman, benda macam ni kena jumpa doktor,” tulis pengikut.

“Terbaik Bella, masih boleh bergurau walaupun jatuh macam tu. Tapi jangan ambil ringan ya,” ujar peminat.

Sebelum ini, pasangan berkenaan pernah mencuri tumpuan apabila muncul bersama dalam beberapa kempen jenama pakaian tempatan dan kolaborasi muzik video Tapi Bukan Denganmu, sekali gus mencetuskan fenomena digelar ‘BASS’ oleh peminat.

Fenomena dua dunia, seni dan politik itu bukan sahaja tular dalam kalangan rakyat tempatan, malah mencetuskan minat penggemar hiburan di Korea Selatan.

Lebih manis, kelibat Bella turut kelihatan menemani Saddiq dalam beberapa sesi perbicaraan mahkamah berkaitan
pertuduhan jenayah amanah, sebelum ini.

Meskipun belum pernah mengesahkan status hubungan mereka secara terbuka, keluarga kedua-duanya sudah pun memberi restu andai benar ada jodoh antara mereka.- KOSMO!
ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI