fbpx
SEORANG isteri menangkap basah suaminya. - Foto @zhe_wang71411/X

Sudah kena tangkap basah, lagi mahu marah isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang wanita menangkap basah suaminya bersama seorang perempuan simpanan dalam kejadian di  wilayah Guangxi, China, lapor portal berita MSNews hari ini.

Semasa menunggang motosikal elektrik bersama anak mereka,  si isteri ternampak kereta suaminya bersama seorang wanita berpakaian menarik di tempat duduk belakang.

Dia kemudian menghalang laluan kereta suami dengan motosikalnya, lalu turun untuk bersemuka dengan mereka.

Menyedari wanita itu ialah isteri dan anaknya sendiri, si suami cuba mengelakkan konfrontasi dengan mengunci pintu dan menaikkan tingkap kereta.

Tindakannya menyebabkan si isteri mengetuk tingkap kereta dengan kuat, menuntut mereka keluar daripada kenderaan.

Si suami kemudian cuba melarikan diri dengan memandu keluar dari situ.

Bagaimanapun, orang ramai mula membantu si isteri dengan membentuk halangan di sekeliling kereta untuk menghalang suami dan perempuan simpanannya meloloskan diri.

Apabila tiada jalan keluar, si suami akhirnya keluar daripada  kereta dan mula menjerit ke arah isterinya, yang ketika itu sedang mencengkam rambut perempuan simpanan suaminya.

Sepanjang pertengkaran itu, si suami dilaporkan mengugut untuk memukul isterinya jika dia tidak berhenti bertindak sedemikian.

Akhirnya, polis tiba dan menyuraikan orang ramai. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI