PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sarawak sehingga 3 petang hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran tersebut melibatkan beberapa kawasan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE