fbpx
Penduduk kampung memindahkan salah satu jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Maras, Kuala Nerus hari ini.

Pindah 100 kubur elak hanyut ke laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Sebanyak 100 kubur yang terdapat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Maras di sini terpaksa dipindahkan bagi mengelakkan insiden jenazah dihanyutkan ombak pada musim tengkujuh lalu berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pengkalan Maras, Mohd. Isshamudin Ismail berkata, tanah perkuburan tersebut tidak selamat lagi dan sering terdedah dengan masalah hakisan setiap kali Monsun Timur Laut (MTL).

Beliau berkata, keputusan memindahkan kubur-kubur berkenaan telah mendapat mendapat kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (JHEAT).

“Kerja-kerja memindahkan semua 100 kubur bermula hari ini secara bergotong-royong melibatkan penduduk kampung.

“Kerja gotong-royong itu melibatkan mengangkat dan memindahkan kepuk, batu nisan serta jenazah ke tapak baharu,” katanya kepada Kosmo! di Kampung Pengkalan Maras di sini hari ini.

Mohd. Isshamudin berkata, buat masa ini, kita berjaya memindahkan 11 kubur pada hari pertama.

Beliau berkata, kesemua 100 kubur itu akan dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam Hajar Kampung Gong Awang Lid yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi asal.

Kosmo! 23 November 2024 melaporkan lima kubur termasuk tiga jenazah yang masih berbalut kain kafan dihanyutkan ombak selepas sebahagian kawasan tanah perkuburan berkenaan runtuh akibat hakisan pantai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI