fbpx
Anggota bomba memotong pokok kelapa sawit yang menghempap Perodua Myvi di Balik Pulau, petang tadi.

Pemandu terselamat, pokok kelapa sawit hempap ‘King Myvi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Sebatang pokok kelapa sawit dilaporkan tumbang lalu menghempap sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Pulau Betong di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.39 petang tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati sebatang pokok kelapa sawit telah tumbang dan menghempap kenderaan terbabit.

”Tiada mangsa cedera dalam kejadian ini. Pemandu kenderaan berkenaan berjaya menyelamatkan diri,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, operasi pemotongan dan pengalihan pokok dilakukan menggunakan peralatan khas kebombaan bagi menghapuskan halangan serta memastikan keselamatan kawasan sekitar.

”Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 5.43 petang tadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN