fbpx
SEORANG netizen menemui bentuk wajah makhluk asing di Chile. - Foto Google Maps

Netizen jumpa bentuk wajah makhluk asing di gunung Chile

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SANTIAGO – Seorang pengguna aplikasi peta Google Maps menemui wajah misteri di puncak sebuah gunung di Chile, lapor portal berita MailOnline semalam.

Wajah itu terletak di sebuah pulau terpencil di selatan negara tersebut dan ada netizen yang mendakwa,  ia mungkin merupakan pangkalan makhluk asing.

Scott C. Waring, seorang pemburu objek terbang tidak dikenali (UFO) yang menemui wajah itu, bertanya: “Adakah ini (wajah) makhluk asing?”

Seorang pakar memberikan penjelasan kenapa kejadian itu boleh berlaku.

Pakar dalam persepsi wajah dari University of Lincoln, Britain, Dr. Robin Kramer bagaimanapun berkata: “Sistem pengesanan wajah kita telah berevolusi untuk menjadi sangat cekap dalam mengenal pasti muka manusia.

“Adalah lebih baik untuk sesekali ‘melihat’ wajah yang sebenarnya tiada, daripada tidak mengenali wajah yang benar-benar wujud.”

Sekumpulan saintis menamakan fenomena itu sebagai pareidolia, iaitu kecenderungan melihat corak atau bentuk bermakna dalam objek tidak bernyawa, seperti awan, batu atau bayang-bayang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI