fbpx
Gambar hiasan

Menangis tak henti punca bayi 7 bulan didera hingga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menangis tidak henti menjadi punca seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan didera hingga maut oleh ibu bapa angkatnya di sebuah kondominium di Cheras, Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, motif tersebut diperoleh hasil soal siasat ke atas pasangan suami isteri terbabit.

“(Kejadian) berpunca apabila mangsa dipercayai menangis tidak henti membuatkan ibu angkat berasa tertekan lalu menganiaya mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat beberapa kecederaan pada keseluruhan badan mangsa terutama pada bahagian kepala iaitu retak tengkorak.

Katanya, kematian mangsa berpunca daripada penderaan dan penganiayaan yang berterusan sejak sebulan lalu.

Difahamkan, suspek lelaki berusia 50 bekerja sebagai jurujual (salesman) manakala isterinya berusia 38 merupakan suri rumah.

Kosmo! sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri direman tujuh hari sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan di sebuah kondominium di Cheras.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilaporkan berkata, ibu kandung bayi berkenaan merupakan seorang wanita warga Indonesia.

Katanya, bayi itu dipercayai diserahkan kepada suspek sejak 18 Jun lalu sebelum ibu kandungnya pulang ke Indonesia.

Polis menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa angkat bayi itu kira-kira pukul 9.34 malam pada 30 Julai lalu.

Lelaki itu memaklumkan anak angkatnya tidak sedarkan diri di rumah tanpa sebab yang diketahui.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI