fbpx
TONGGAK KDA FC, Rahmat Makasuf (kiri) cuba daripada kawalan ketat pemain Perlis GSA FC pada aksi Liga A1 Semi Pro di Stadium Tuanku Syed Putra, sebentar tadi.

Liga A1: Perlis GSA FC, Kedah FA sama kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua keputusan seri mewarnai hari pembukaan saingan Liga A1 Semi Pro musim ini.

Aksi tumpuan di Stadium Tuanku Syed Putra membabitkan derbi Utara antara Perlis GSA FC dan Kedah FA berakir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Kedah FA membariskan skuad terbaik apabila mempertaruhkan pemain yang pernah bermain di Liga Super dan bintang import termasuk mantan pertahanan Terengganu, Pape Diakite manakala Perlis GSA FC hanya menurunkan bakat tempatan sepenuhnya.

Terdahulu, kedua-dua pasukan sentiasa menyajikan aksi terbaik untuk memastikan tiga mata mampu diraih pada perlawanan pembukaan musim ini.

Tuan rumah kehilangan seorang pemain selepas Nasri Thauhid dilayangkan kad merah namun kelebihan yang ada sepanjang baki 45 minit kedua gagal dimanfaatkan dengan baik oleh Kedah FA.

Dalam satu lagi perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung menyaksikan Manjung City FC terikat 1-1 dengan Imigresen FC II. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI