fbpx
Tangkap layar video CCTV kejadian kes curi barang kemas di Prima Sri Gombak, kelmarin.

Konon nak belikan isteri barang kemas sebelum cabut lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Hendak mencari dan membeli rantai emas untuk dihadiahkan kepada isteri.

Itu taktik yang digunakan seorang lelaki sebelum melarikan barang kemas dalam kejadian di sebuah kedai emas di Prima Sri Gombak, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang perempuan berusia 27 tahun sekitar pukul 8.49 malam.

Menurutnya, hasil siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 5.50 petang.

“Pengadu yang bekerja sebagai jurujual di kedai emas berkenaan menyatakan telah didatangi seorang lelaki tempatan yang ingin membeli rantai emas untuk isterinya.

“Pengadu mengeluarkan dan menunjukkan gelang emas yang dipilih suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Ariffin berkata, suspek kemudian melarikan diri menggunakan motosikal semasa pengadu pergi mengambil mesin kira.

Justeru, katanya, usaha mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Zirwatul Huda Radzi di talian 0143336173.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat kes kecurian barang kemas di sebuah kedai emas di Taman Sri Gombak, di sini, semalam.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 6 petang.

Video berdurasi 28 saat itu menunjukkan seorang lelaki dengan memakai topi berada di dalam kedai emas terbabit sebelum bertindak melarikan diri dengan menaiki motosikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI