fbpx
Zara Qairina.

Kematian Zara Qairina: Keluarga tidak pernah kaitkan dengan VVIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ibu Zara Qairina Mahathir tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengaitkan kematian anaknya itu dengan mana-mana individu berprofil tinggi atau kenamaan (VVIP).

Peguam yang mewakili Noraidah Lamat berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan tidak datang daripada anak guam mereka.

Katanya, Noraidah juga tidak mempunyai maklumat atau pengetahuan berhubung dakwaan terdapat teriakan ‘kau pembunuh’ kepada seorang pelajar tertentu pada hari kejadian.

“Anak guam kami juga tidak mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat tiga pelajar sekolah dipindahkan pada hari kematian Zara.

“Kesemua maklumat itu hanya diketahui oleh anak guam kami selepas tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan bersama dikeluarkan oleh Hamid Ismail dan Shahlan Jufri hari ini.

Sehubungan itu, mereka menyeru orang ramai supaya menghentikan maklumat yang belum disahkan sama ada ke atas Zara Qairina, anak guam kami dan individu lain.

“Tindakan menyebarkan dakwaan palsu boleh mengganggu siasatan dan menimbulkan fitnah. Sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan boleh disalurkan kepada polis atau kami,” ujarnya.

Allahyarham Zara Qairina, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas sehari menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama pada pukul 3 pagi dan mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke hospital oleh pihak sekolah.

Polis sudah melengkapkan siasatan dan kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara selewat-lewatnya minggu hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI