fbpx
Cubaan sekumpulan warga asing melarikan diri daripada pihak Imigresen tidak berjaya.

Pusat hiburan di Petaling jaya digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cubaan sekumpulan warga asing untuk melarikan tidak berhasil selepas premis hiburan yang menawarkan khidmat pelayan wanita warga Sri Lanka di sini digempur pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi dijalankan selepas pihaknya menjalankan risikan selama seminggu hasil maklumat awam ke atas sebuah restoran dan bar di lokasi tersebut.

“Kita memeriksa 20 individu dan 11 daripada mereka ditahan terdiri daripada sembilan wanita dan dua lelaki Sri Lanka yang bekerja di premis tersebut.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Serbuan melibatkan 40 pegawai Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) serta Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Imigresen Putrajaya.

Turut dikeluarkan Borang 29 (saman saksi) kepada semua pelanggan dan pekerja premis bagi membantu siasatan.

Jelasnya, siasatan awal mendapati tiada unsur eksploitasi ke atas wanita asing tersebut yang berusia 20 hingga 33 tahun.

“Mereka menerima gaji sebanyak RM2,000 sebulan. Kebanyakan pasport mereka dipegang oleh majikan sejak mula bekerja hampir setahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, premis tersebut mengambil wanita Sri Lanka sebagai pelayan untuk menghiburkan pelanggan.

“Premis ini pernah beberapa kali diserbu pihak berkuasa, namun masih degil meneruskan operasi. Kesemua yang ditahan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen KLIA untuk siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN