fbpx
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Kuril pukul 2.20 pagi tadi.

Gempa 6.2 gegar Kepulauan Kuril, tiada ancaman tsunami dikesan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu gempa bumi kuat 6.2 magnitud telah berlaku di kawasan Kepulauan Kuril pada pukul 2.20 pagi tadi.

Gempa itu berpusat di koordinat 50.3° Utara dan 159.0° Timur, iaitu sekitar 301 kilometer di selatan Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia dengan kedalaman 45 kilometer.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam penilaian awalnya mengesahkan, tiada ancaman tsunami dikesan terhadap Malaysia susulan kejadian tersebut.

Terdahulu, gempa bumi berukuran 8.8 magnitud telah berlaku awal pagi Rabu lalu yang turut mencetuskan amaran tsunami merentasi Lautan Pasifik, termasuk Jepun, Alaska dan Hawaii.

Kawasan utara Kepulauan Kuril terletak berhampiran garis gempa aktif dan sering menjadi tumpuan kejadian seismik besar. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN