fbpx
BUSANA ala animasi terkenal, Sailor Moon yang menjadi pilihan tiga anggota Dolla sekali menjadi debat netizen dalam media sosial.

Tetap seksi, Dolla memang tak makan saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKAN sekali dua bahkan sudah berkali-kali khalayak dihadapkan dengan ‘seragam’ seksi kumpulan wanita popular, Dolla terus galak menggoncang jantung peminatnya.

Daripada mereka berempat sehinggalah tinggal bertiga, balik-balik isu pakaian seksi yang menjadi bualan tentang kumpulan itu.

Baru-baru ini Dolla sekali lagi menjadi bualan ramai dan topik hangat dalam media sosial apabila mereka tampil dengan berpakaian ‘minimalis’ pada konsert Latihan Pestapora Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Penampilan kumpulan yang dianggotai Sabronzo, Tabby dan Angel itu dikatakan melampaui batas dan garis panduan berpakaian untuk artis.

Dengan pakaian singkat dan bergelek sakan di atas pentas yang tinggi, Dolla belanja sakan penonton yang menonton dari bawah pentas.

Malah, penampilan Dolla dikatakan mengalahkan penampilan artis antarabangsa yang membuat persembahan di Malaysia yang dilihat lebih sopan dan menghormati garis panduan yang ditetapkan.

“Artis luar negara datang ke Malaysia untuk buat persembahan pun hormat budaya Malaysia dengan berpakaian sopan.

“Hairannya kenapa artis Malaysia sendiri boleh berpakaian melampau begini dan boleh pula ditayangkan sana sini. Aduhai sedihnya,” komen netizen pada video persembahan Dolla yang dimuat naik dalam media sosial.

“Pakaian Song Ji Hyo sewaktu datang ke Malaysia lagi sopan,” komen seorang lagi netizen.

Disebabkan itu juga, netizen mula tertanya-tanya adakah garis panduan untuk etika berpakaian setiap artis yang membuat persembahan konsert telah berubah.

DOLLA kembali hangat dengan kecaman selepas beraksi dalam Latihan Pestapora Malaysia hujung minggu lalu.

Ada dalam kalangan peminat juga sempat mengimbau semula bagaimana Faizal Tahir pernah digam gara-gara membuka baju ketika membuat persembahan sekitar tahun 2008 dan Mimy Fly dikecam hebat gara-gara berkemban dalam video muzik Serumpun sehingga dia bertindak memadam video tersebut yang memuat naik video baharu yang telah disunting.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian pendakwah selebriti, PU Syed yang sekali lagi dilihat menegur kumpulan Dolla atas isu yang sama.

“Saya pernah tegur kumpulan Dolla setahun yang lalu. Namun, teguran yang saya berikan kepada artis-artis seperti mereka ini boleh diibaratkan seperti mencurah air atas daun keladi.

“Saya juga tegas menegur pihak berkuasa agar dikuatkuasakan etika pakaian terhadap rakyat terutamanya para artis dan pempengaruh lebih-lebih lagi yang beragama Islam daripada berpakaian mencolok mata.

“Mereka sudah menunjukkan contoh yang buruk kepada peminat dan tak pelik jika ramai yang berpakaian seolah-olah bertelanjang,” tegurnya.

Disebabkan teguran tidak dipedulikan, PU Syed memohon agar para ustazah pula ke depan menasihati Dolla.

“Biarlah ustazah-ustazah yang tegur pula. Bila lelaki tegur dikatakan kita melihat mereka. Sedangkan saya dikirimkan tangkap layar oleh pengikut media sosial. Saya tak tahu isu ini tetapi dikongsikan netizen yang bencikan perilaku maksiat. Mohon pihak berwajib cakna terhadap isu ini,” tambahnya.

Berbalik kepada Dolla, apabila sering kali dilihat tidak ‘makan saman’ dengan teguran dan terus-menerus melakukan perkara sama, akhirnya kesalahan dituding kepada kerajaan.

Kerajaan dipersalahkan kerana tidak mengawal keadaan seolah-olah tidak buat kerja dan pejam mata tentang isu ini. Kerajaan juga dituduh berat sebelah terhadap artis luar negara dengan mengenakan garis panduan yang ketat.

Mungkin ada baiknya jika Dolla turut mengambil kira sensitiviti, terutamanya budaya hidup di Malaysia yang majoriti beragama Islam. Peminat Dolla pun ramai dalam kalangan Melayu.

Takut jika semakin galak ikut kepala sendiri, akhirnya makan diri. Pihak pengurusan dan syarikat rakaman juga perlu main peranan dan pandai jaga artis kalian. Jangan pula nanti, sudah terhantuk baru nak terngadah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI