fbpx
TAK suka kena maindi hujan dan basah menjadi antara sebab mudah untuk Ranbir Kapoor tolak tawaran filem.

Benci basah alasan Ranbir tolak tawaran filem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANBIR Kapoor merupakan antara aktor generasi kini paling disegani di Bollywood bukan sahaja kerana ketampanannya, tetapi bakatnya yang luar biasa.

Sejak memulakan debut pada 2007 menerusi filem Sawaariya arahan Sanjay Leela Bhansali, Ranbir telah membintangi deretan filem hebat seperti Rockstar, Animal, Barfi dan Yeh Jawaani Hai Diwani.

Namun, dalam satu temu bual sebuah rancangan hiburan, anak kepada mendiang Rishi Kapoor itu mendedahkan dia menolak banyak tawaran filem atas sebab yang pelik.

Ranbir berkata, dia sama sekali tidak berminat sekiranya sesebuah karya itu menuntutnya melakukan penggambaran dalam air.

“Banyak filem yang saya tolak apabila ada babak dalam air dan terpaksa berhujan. Dari dulu saya tidak suka berada dalam keadaan basah. Saya benci.

“Saya sendiri tidak tahu kenapa. Kalau saya mandi saya akan pastikan cepat-cepat keringkan rambut dan badan,” katanya dalam sebuah wawancara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN