fbpx
DUA wanita diburu seekor babi jantan. - Foto Aleks Jevtic/TikTok

Babi jantan kejar 2 gadis ‘TikToker’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATHENS  – Dua pesohor media sosial wanita berenang pantas di sebuah pulau di Greece apabila seekor babi hutan jantan ‘mengejar’ mereka, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Semasa kejadian, mereka sedang berenang di perairan Pulau Atokos yang tidak berpenghuni berhampiran Ithaca. 

Dua wani­ta itu menyertai sesi lawatan berkumpulan apabila babi jantan itu turut berenang di tepi pantai, baru-baru ini.

Dalam klip video kejadian yang dimuat naik di laman sosial, kedua-dua pencipta kandungan digital itu kelihatan berenang pantas ke arah rakan mereka di atas bot.

Mereka berbuat demikian selepas seorang penduduk tempatan menjerit: “Anda harus keluar dari air sekarang, ini tak selamat!”

“Haiwan itu betul-betul hampir dengan anda!” jerit seorang lagi pesohor media sosial dari atas bot ketika memberi amaran kepada rakan-rakannya tentang jarak yang semakin dekat antara mereka dan babi tersebut. 

Dua wanita itu bagaimanapun terselamat daripada menjadi mangsa babi yang ‘mengejar’ mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI