fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @ERA menunjukkan Yonyboii sedang memerangkan keberadaan Malique di video muzik Tanya Tuhan.

Yonnyboi sahkan ada kelibat Malique di MV ‘Tanya Tuhan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi Yonnyboii mengesahkan bahawa Malique turut muncul dalam video muzik Tanya Tuhan yang dikeluarkan pada 18 Julai lalu.

Menerusi satu hantaran oleh pada TikTok sebuah program radio, Yonnyboii memberi gambaran bahawa Malique sebenarnya turut serta dalam video muzik tersebut.

“Kalau awak semua tengok betul-betul video tu sebenarnya dia ada,” ujarnya.

Dia turut mengatakan yang kelibat Malique boleh dilihat dalam beberapa saat sahaja dan orang awam perlu memerhatikan video muzik tersebut dengan teliti.

Pelbagai reaksi diberikan oleh netizen berkenaan hantaran tersebut.

“Serius la? Ta perasan pun Malique ada,” kata @emasye.

“Makin naik lah jumlah tontonan lepas ini,” ujar seorang netizen.

“Misi memburu general,” komen @FeerdausScott. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI