fbpx
Tangkap layar kejadian di di Persiaran Dato Menteri, Shah Alam, baru-baru ini.

[VIDEO] Kumpulan penunggang basikal dicari kerumuni pemandu kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sekumpulan penunggang basikal kini dikesan apabila aksi mereka seolah-olah mengerumuni sebuah kereta di Persiaran Dato Menteri di sini, baru-baru ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pada pukul 9.30 malam, Selasa lalu dengan aksi mereka berjaya dirakam
kamera papan pemuka (dashcam) sebelum tular di aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan mendapati kumpulan penunggang basikal telah menunggang di lorong kiri dan kanan.

“Ini menyebabkan pemandu kereta terpaksa memperlahankan kenderaan akibat terhalang oleh kumpulan penunggang basikal terbabit.

” Kes disiasat di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah 42 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan LN 166/1959,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau meminta mana-mana saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Najib bin Abdul Rahman di talian (019-7757354). – KOSMO! ONLINE

@eurekacanshah alam 29/7/2025 circa 9.30pm CYCLISTS PLEASE BE SAFER ON THE ROAD FOR EVERYBODY 😡♬ original sound – tisha 🤸🏻‍♀️☀️

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI