PETALING JAYA – Aksi seorang remaja perempuan yang sanggup menggeledah plastik sampah berisi sisa makanan demi mencari penahan gigi (retainer) mencuri perhatian pengguna media sosial.
Menerusi satu hantaran tular di TikTok, remaja tersebut dilihat membuka dan menyelongkar plastik sampah hitam dalam usaha mencari retainer miliknya yang dipercayai terbuang secara tidak sengaja.
“Penat cari retainer,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami tindakan remaja itu memandangkan kos pembuatan semula retainer boleh mencecah ratusan ringgit.
“Retainer mahal tahu, kalau aku pun aku sanggup cari,” kata seorang pengguna.
“Pernah hilang atas bas, sanggup lepas kelas tunggu bas tu datang balik… tapi tak jumpa juga,” kongsi Kyuu.
“Kalau aku, aku ikhlaskan saja… sebab bau dia tak hilang. Tak tahan baunya nanti,” seloroh Alyna. – KOSMO! ONLINE