fbpx
TUNKU MAHKOTA ISMAIL masih menganggap Selangor masih terlalu jauh untuk merapatkan jurang kehebatan yang sedang dinikmati JDT ketika ini.

Tunku Mahkota Ismail pertikai dakwaan Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pihak pengurusan Selangor FC cuba menutup kegagalan sendiri selepas mendakwa jurang dengan pasukan Harimau Selatan semakin mengecil sejak dua musim lepas.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebooknya, Tunku Mahkota Ismail melampirkan fakta bahawa skuad Gergasi Merah masih lagi jauh jika mahu dibandingkan dengan JDT yang mendominasi Liga Malaysia sejak beberapa tahun lepas.

“CEO Selangor FC, Johan cakap jurang antara JDT dan Selangor semakin mengecil? (Musim) 2023 – Beza 15 mata dalam liga. (Musim) 2024-25 – Beza 18 mata.

“2022 – Kalah 5-1, seri 1-1, kalah 2-1 final Piala Malaysia. 2023 – Kalah 4-0, 4-0 dan 2-0. 2024-25 – Kalah 3-0 di home dan 6-1, result (kekalahan) terbesar dalam sejarah Final Piala FA.

“So please explain to me (Tolong terangkan kepada saya) Johan, how (macam mana) Selangor merapatkan jurang? Kalau nak tutup kegagalan sendiri pun, janganlah sampai cuba bodohkan penyokong sendiri. Selangor fans deserve better (Peminat layak dapat yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan mengakui pihak pengurusan gembira apabila melihat prestasi skuad Merah Kuning yang berjaya rapatkan jurang dengan pasukan JDT sejak dua musim lalu.

Bagaimanapun, skuad Gergasi Merah yang dilihat memiliki reputasi gah dalam arena bola sepak tanah air masih gagal menjuarai sebarang trofi berprestij dalam tempoh 10 tahun terakhir.

Situasi berbeza dengan JDT yang berjaya meraih gelaran hatrik trebel saingan Liga M selain menjuarai Liga Super berturut-turut sejak 2014 dan kali terakhir Selangor FC menjuarai Liga Super adalah pada edisi 2010, Piala Malaysia (2015) dan Piala FA pada 2009.

Kontroversi yang timbul antara kedua-dua kelab kali ini menghangatkan lagi ‘perang psikologi’ sebelum bertemu pada aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, 8 Ogos depan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI