fbpx
Seorang lelaki yang didakwa membunuh anaknya dalam kejadian penemuan mayat kanak-kanak usia enam tahun ditanam di Rompin direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Bahau, hari ini. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

Reman bongkar motif bapa bunuh anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Seorang lelaki yang didakwa membunuh anaknya sendiri dalam kejadian penemuan mayat kanak-kanak usia enam tahun ditanam di Rompin, di sini, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Bahau, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Norhisham Mustapar berkata, perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Norshazwani Ishak sehingga 7 Ogos ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Ini membolehkan siasatan dijalankan ke atas suspek termasuk motif pembunuhan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap berwarna oren dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 8.52 pagi sebelum dibawa keluar dengan menaiki van polis berwarna putih kira-kira sejam kemudian.

Suspek itu dikawal ketat oleh pegawai dan anggota polis selain petugas media yang memenuhi ruang mahkamah seawal jam 8.30 pagi.

Isnin lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, ditemukan meninggal dunia di daerah Jempol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI