fbpx
Kon Yeow semasa pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Pulau Pinang di George Town, hari ini.

Rakyat P. Pinang disaran kibar Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Rakyat Pulau Pinang diseru mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, pejabat dan premis masing-masing sebagai simbol kecintaan terhadap negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, saranan itu selari dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengajak seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik untuk menunjukkan semangat patriotisme dan kebanggaan sebagai warganegara Malaysia.

“Saya menyambut baik seruan Perdana Menteri yang mengajak seluruh rakyat mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, pejabat dan premis masing-masing sebagai simbol jati diri, maruah serta harga diri kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

“Menghormati Jalur Gemilang bermakna kita menjaga keharmonian negeri ini, menolak segala bentuk prejudis yang memecah-belahkan rakyat, menjunjung prinsip integriti dan keadilan serta menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan progresif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Pulau Pinang di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI