fbpx
DONNARUMMA hanya memiliki baki kontrak semusim dan enggan menandatangani kontrak baharu menyebabkan PSG sedia menjualnya. - AFP

Punca PSG mahu lepaskan Donnarumma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Meskipun dianggap wira kerana membantu Paris Saint-Germain menamatkan penantian menjulang trofi Liga Juara-Juara, namun masa depan penjaga gol, Gianluigi Donnarumma di Parc des Princes terus di selubungi ketidakpastian.

Situasi tersebut mengundang bingung dalam kalangan peminat gergasi Perancis tersebut, namun punca sebenar spekulasi penghijrahan tersebut mula timbul apabila kelab tersebut mengubah pelan tawaran kontrak baharu buat Donnarumma.

Perkara tersebut dikatakan didorong oleh perubahan yang mahu dilakukan oleh pengendali PSG, Luis Enrique apabila mahu membawa masuk pemain di posisi berkenaan yang lebih sesuai dengan kehendaknya.

Enrique dilaporkan kurang berpuas hati dengan keupayaan Donnarumma dalam aspek hantaran bola dan membina serangan dari bawah iaitu satu ciri penting dalam sistem permainan yang diguna pakai oleh pengendali Sepanyol itu.

Donnarumma dianggap gagal memberikan aksi konsisten dalam tempoh yang panjang termasuk kerap melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya menyebabkan Enrique cuba mendapatkan alternatif baharu.

Berbaki kontrak semusim sahaja lagi, PSG terdesak untuk melepaskan khidmat Donnarumma pada jendela musim panas kali ini bagi mengelak mereka kehilangan pemain itu secara percuma selepas musim baharu berakhir nanti.

Kini, PSG dikatakan hampir menyelesaikan perpindahan penjaga gol Lille, Lucas Chevalier dengan nilai €40 juta (RM194.64 juta) sekali gus menguatkan lagi spekulasi pemergian Donnarumma.

Beberapa pasukan dari Liga Perdana Inggeris termasuk Manchester United dilapor memantau secara dekat perkembangan Donnarumma ketika mereka juga mahu mendapatkan penjaga gawang yang lebih baik berbanding Andre Onana. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI