fbpx
SALIM didakwa menyeludup enam warga Indonesia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Jun lalu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

Pekebun didakwa seludup masuk 6 PATI Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang pekebun Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menjalankan penyeludupan enam migran warga Indonesia di Bangunan Sultan Iskandar, di sini, dua bulan lalu.

Tertuduh, Salim Ahmad, 61, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang memiliki Pemastautin Tetap (PR) dituduh menjalankan penyeludupan migran membabitkan enam lelaki warganegara Indonesia berusia lingkungan 25 hingga 47 tahun.

Pekebun itu didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 6 pagi di kaunter 04, Zon C, Kawalan Kereta Keluar di BSI, 14 Jun lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 26A Αkta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun, dan boleh dikenakan denda, atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Imigresen, Nur Suriati Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan tidak mencadangkan jaminan kepada tertuduh memandangkan tertuduh adalah warganegara asing. Mahkamah menetapkan 13 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI