fbpx
PIASTRI dan Norris bersaing sengit dalam perebutan kejuaraan dunia musim ini, namun McLaren selesa kedua-dua mereka bersaing. - AFP

McLaren tak guna ‘team order’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUDAPEST – Ketua pasukan McLaren, Andrea Stella mengakui sedikit resah dengan perebutan gelaran dunia antara dua pelumbanya, namun bertegas untuk mengelak menggunakan arahan pasukan (team order) dalam kempen Formula Satu (F1) musim ini.

Stella menegaskan, pihaknya memilih untuk membiarkan Oscar Piastri dan Lando Norris bersaing secara terbuka, biarpun pendekatan itu boleh mengundang risiko terutama penguasan gelaran dunia dalam kategori pemandu dan pengeluar.

“Saya berminat untuk memastikan McLaren berjaya iaitu bersaing untuk kejuaraan pengeluar dan, jika boleh, kami mahu memastikan kejuaraan pemandu melibatkan persaingan antara dua pelumba pasukan McLaren,” katanya.

Piastri muncul juara di Grand Prix (GP) Belgium sekali gus melakar kemenangan keenamnya musim ini dan terus menjarakkan 16 mata dengan Norris dengan 11 pusingan masih berbaki.

Tindakan McLaren membenarkan kedua-dua pelumba berlumba bebas menyebabkan beberapa situasi mencemaskan, termasuk di GP Kanada apabila Norris melanggar bahagian belakang jentera Piastri serta aksi saling memintas yang hampir mencetus insiden di Austria.

“Selain itu, walaupun ia tidak menjadikan hidup saya atau Zak (Brown) lebih mudah, kami juga berada di sini untuk berlumba dengan cara tertentu iaitu secara terbuka.

“Kami perlu memberikan pelumba kami peluang untuk bersaing dan ia penting bagi perkembangan mereka secara berterusan. Jadi, sebab itu kami di sini,” tambah Stella.

Setakat ini, McLaren mendahului carta pengeluar dengan 516 mata, jauh meninggalkan Ferrari (248 mata) dan berpeluang menamatkan saingan lebih awal sekiranya prestasi konsisten dikekalkan hingga GP Azerbaijan empat pusingan akan datang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI