fbpx
Gambar hiasan

Masuk jel angkara baling batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Seorang duda dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Bahau, di sini hari ini atas kesalahan melakukan khianat ke atas sebuah kereta menggunakan batu di Jalan Palong 16 Tembangau, di sini, tahun lalu.

Tertuduh, Khairul Azhar Mohd. Yusof, 33, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan khianat dengan cara merosakkan cermin sisi dan belakang kereta dengan niat untuk menyebabkan kerosakan kepada harta itu yang nilainya RM 1,200.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 6.30 petang di Jalan Palong 16 Tembangau, di sini, pada 21 Julai 2024.

Pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, semasa pengadu sedang memandu kereta jenis Perodua Myvi melalui jalan tersebut telah terserempak suspek yang kemudiannya bertindak membaling batu dan mengenai cermin sisi sebelah kanan.

Pengadu telah pergi ke pondok polis bantuan bagi meminta bantuan dan diekori suspek yang kemudiannya bertindak memecahkan lagi cermin belakang kereta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI