fbpx
WEIQIANG hanya menggunakan satu jari untuk menangkat berat hampir 145 kilogram. - AGENSI

Lelaki guna satu jari angkat beban hampir 145 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang lelaki China menempa nama dalam Guinness World Records selepas mengangkat beban 144.72 kilogram dengan menggunakan hanya satu jari, lapor portal berita Men’s Health minggu ini.

Liu Weiqiang, 29, mencatatkan rekod dunia untuk beban paling berat diangkat menggunakan satu jari.

Pencapaian itu mengatasi pemegang rekod sebelumnya, Egmond Molina yang mengangkat berat 138.72 kilogram.

Percubaan Weiqiang itu dilakukan pada Febuari lalu dan mengambil masa hampir 10 saat, demikian menurut Guinness World Records.

Menurut Weiqiang, dia tidak pernah berniat untuk mencipta rekod dunia.

“Sejak mula bekerja, saya tidak mempunyai banyak masa untuk berlatih. Namun, selepas menerima gelaran itu, saya berfikir bahawa latihan membina kecergasan adalah satu senaman yang seronok,” katanya. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI