PETALING JAYA – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Jalan Bangsar akan diatasi.
Beliau berkata, satu pertemuan dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah diadakan semalam bagi merangka strategi jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasi masalah di kawasan berkenaan.
Ini kerana katanya, Bangsar merupakan kawasan yang sedang membangun dengan begitu pesat.
“Maka, setiap projek baharu mesti dirancang dengan teliti agar manfaatnya dirasai oleh rakyat, sambil memastikan kesejahteraan penduduk setempat dipelihara,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, dengan komitmen padu daripada semua pihak, ia dapat mencari penyelesaian yang bukan sahaja berkesan untuk mengurangkan kesesakan.
Malah katanya, bagi mengekalkan Bangsar sebagai kawasan tersusun, selesa dan kondusif untuk didiami. – KOSMO! ONLINE