fbpx
Gambar hiasan

JIPS ambil tindakan 10 anggota polis disyaki terlibat rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjalankan siasatan terhadap 10 anggota polis disyaki terlibat rasuah yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor dan Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad berkata, siasatan itu membabitkan tindakan tatatertib dan tahan kerja susulan penahanan yang dibuat oleh SPRM.

Menurutnya, pihak JIPS sedia memberi kerjasama kepada SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

“Kes ini membabitkan penahanan anggota polis di dua negeri iaitu di Johor serta Pahang dan siasatan masih dijalankan SPRM.

“Kita tunggu proses siasatan sehingga mereka didakwa di mahkamah dan dijatuh hukuman untuk proses seterusnya,” katanya ketika ditemui pada Program Ramah Mesra Ketua Polis Negara Bersama Media 2025 di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan enam anggota polis direman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM12,000.

Wang itu didakwa diterima sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu yang memiliki air ketum di Temerloh, Pahang.

Dalam pada itu, empat anggota polis turut ditahan reman di Johor kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM635,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan aktiviti perjudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI