RIYADH – Penyerang baharu Al-Nassr, Joao Felix kini muncul pemain yang mengumpulkan yuran perpindahan keempat termahal dalam sejarah bola sepak global.
Felix kini sudah mengumpul yuran perpindahan sebanyak £194.89 juta (RM1.10 bilion) daripada lima urusan terdahulu dan hanya Neymar, Romelu Lukaku serta Cristiano Ronaldo merekodkan angka lebih tinggi.
Angka itu tidak wajar dijadikan perkiraan tepat untuk menggambarkan impak yang bakal dimainkan kerana sejarah pernah menunjukkan Felix bergelut untuk mengekalkan konsistensi selepas meninggalkan Benfica.
Namun, ia boleh dijadikan pedoman kepada kelab-kelab lain untuk membuat penilaian terperinci dalam menilai pemain sekali gus mengelak berlakunya perbelanjaan sia-sia sekiranya pemain dibeli gagal menghadirkan kualiti diharapkan.
Felix pernah merekodkan nilai perpindahan €127.2 juta (RM622.35 juta) ketika berhijrah ke Atletico Madrid daripada Benfica.
Rekod-rekod bayaran lain menelan kos €11 juta (RM53.82) ketika dipinjamkan kepada Chelsea sebelum menandatangani kontrak tetap dengan The Blues menerusi €52 juta (RM254.42 juta).
Kemudian, dia dipinjamkan ke AC Milan dengan harga €5.50 juta (RM26.91 juta) diikuti bayaran kepada Al-Nassr berjumlah €30 juta (RM146.78 juta).
Sebagai rekod, Neymar berada di tangga pertama dengan nilai perpindahan terkumpul £345.39 (RM1.95 bilion) diikuti Lukaku £318.82 (RM1.80 bilion) dan Ronaldo £213.28 (RM1.20 bilion). – AGENSI