fbpx
SEBUAH basikal elektrik dihantar dengan menggunakan dron kepada seorang askar cedera. - Foto YouTube/Briged Rubizh

Dron hantar basikal elektrik kepada askar cedera untuk larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KYIV – Seorang askar Ukraine yang cedera dan terperangkap selama beberapa hari berjaya melarikan diri selepas sebuah basikal elektrik dihantar kepadanya dengan menggunakan dron, lapor portal berita MailOnline semalam.

Klip video kejadian yang dirakam oleh Briged Rubizh daripada  Pengawal Kebangsaan Ukraine menunjukkan sebuah dron menurunkan basikal kepada askar yang cedera itu.

Dia kemudian menunggang basikal elektrik untuk melarikan diri daripada tentera Russia. Moscow menceroboh Ukraine sejak Februari 2022.

Tiga anggota briged tersebut dilaporkan terkorban akibat tembakan musuh di kawasan Siversk, utara Ukraine, menyebabkan askar tersebut terpaksa mempertahankan kedudukannya seorang diri selama lima hari.

Dia mengalami kecederaan di kaki menjadikan proses untuk keluar secara bersendirian menjadi amat sukar.

Pelan evakuasi itu dirangka melibatkan penggunaan dron kargo berat untuk menghantar basikal tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI