fbpx
Gambar hiasan

Deklarasi Hamas letak senjata: Malaysia perlu masa teliti dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Malaysia akan meneliti dokumen deklarasi menuntut Hamas meletakkan senjata dan tidak lagi mentadbir Palestin yang dikemukakan oleh Perancis dan Arab Saudi.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan memerlukan masa untuk meneliti dokumen berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah diberikan taklimat mengenai perkara itu oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Menteri Luar telah memberi taklimat dan sedikit memberi maklum balas berdasarkan mesyuarat khas yang telah diadakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) beberapa hari lalu.

“Mesyuarat khas itu diselaras oleh Arab Saudi dan Perancis dan wakil tetap Malaysia ke PBB telah diminta untuk melihat dan menandatangani satu kenyataan bersama itu.

“Keputusan kita adalah kita perlu masa untuk meneliti (dokumen deklarasi itu),” katanya pada sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Katanya, pendirian Malaysia terhadap Palestin tidak pernah berubah kerana negara itu mempunyai hak untuk wujud.

Fahmi berkata, kerajaan akan memberikan masa kepada Wisma Putra untuk meneliti sepenuhnya dokumen yang dimaksudkan dalam deklarasi itu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI