fbpx
Orang ramai menghidangkan sekubal gergasi di sebuah festival di ibu negara Lampung. - VNA  

Bandar Lampung catat rekod dunia sekubal gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah bandar di wilayah Lampung memecahkan rekod dunia selepas menghasilkan makanan tradisional dikenali sebagai sekubal sepanjang 25 meter dan memiliki diameter 25 sentimeter, lapor portal berita VNExpress kelmarin. 

Bandar Lampung mencatatkan rekod untuk sekubal paling besar di dunia. 

Hidangan itu dipamerkan di Festival Kulinari dan Makanan Jalanan Tradisional Lampung sempena ulang tahun penubuhan Bandar Lampung ke-343. 

Gelaran tersebut dicapai susulan kerja keras antara pihak berkuasa dan penduduk tempatan termasuk usahawan mikro. 

Sekubal diperbuat daripada pulut dan santan. Ia dibungkus dengan daun pisang sebelum dikukus sehingga masak. 

Makanan itu dihidangkan semasa perayaan besar terutamanya Hari Raya Aidilfitri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI