fbpx
ANTARA sampah sebanyak 32 tan yang dikumpul seorang lelaki warga emas sejak lebih 30 tahun lalu di kediamannya di Taman Sentosa, Johor Bahru.

Atuk simpan 32 tan ‘harta karun’ dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas yang mempunyai hobi pelik iaitu mengumpul sampah atau hoarding disorder di kediamannya di Taman Sentosa, di sini sejak 30 tahun lalu telah ‘berjaya’ kumpul 32 tan sampah.

Ahli Majlis Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kawasan Taman Sentosa / Taman Pelangi, Sally Ng Lied Ying berkata, hobi pelik lelaki berkenaan telah membawa banyak masalah kepada kawasan sekitar.

Menurutnya, antara masalah itu termasuklah bau busuk dan juga kehadiran haiwan perosak seperti tikus, ular, lipas, anai-anai serta lalat.

“Akibat terlalu banyak sampah dikumpul, kediaman ini sudah tidak boleh didiami. Lelaki itu sendiri tidur di lorong belakang rumahnya kerana terlalu banyak sampah di dalam rumah.

“Longgokan sampah bukan sahaja dalam rumah, tetapi turut memenuhi ruang garaj sehingga ke kawasan hadapan rumah menyebabkan jiran-jiran berasa tidak selesa,” katanya ketika ditemui semasa operasi pembersihan yang dijalankan MBJB bersama SWM Environment Sdn. Bhd.

Tambah Sally Ng, sebanyak 32 tan sampah telah berjaya dikeluarkan selepas pihaknya berjaya memujuk bekas guru itu termasuk dengan memberikan wang bagi barangan kitar semula.

“Sebenarnya kita sudah pujuk dia untuk bersihkan rumah sejak dua tahun lalu, tetapi dia enggan beri kerjasama. Namun kali ini kami terpaksa ambil tindakan kerana aduan banyak diterima.

“Lelaki ini dakwa barangan itu dikumpul untuk dijual secara kitar semula dan berharga RM8,000. Namun berdasarkan pengiraan kami anggaran nilai kitar semula tidak sampai RM1,000, namun kami berikan dia RM1,000,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI