PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri sehingga pukul 2 petang ini.
Menerusi kenyataan MetMalaysia, negeri terlibat adalah Perak, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
Kata MetMalaysia cuaca berkenaan dijangka berterusan hingga awal pagi esok.
“Bagi Perak amaran cuaca buruk dikeluarkan di daerah Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Cuaca sama dijangka berlaku di Selangor membabitkan kawasan Sabak Bernam dan Hulu Langat.
“Selain itu di Negeri Sembilan, kawasan yang berisiko diramal melanda daerah Kuala Pilah dan Jempol manakala di Johor pula melibatkan kawasan Muar dan Batu Pahat,” kata kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, di Terengganu cuaca buruk diramalkan berlaku di Besut. – KOSMO! ONLINE