fbpx
Antara kenderaan yang menyertai acara tersebut tahun lalu.

400 kereta ikonik gegar Lanai Matic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia Auto Fest 2025 kembali untuk edisi ketiga dengan skala lebih besar menghimpunkan lebih 400 buah kereta ikonik dan mewah di Lanai Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Acara yang akan berlangsung pada esok dan Ahad ini menjadi tumpuan utama peminat dunia automotif tempatan dan antarabangsa. Masuk adalah percuma dan terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat.

Jemputan istimewa, kelab Toyota Hiace.

Dengan tema ‘Car Lifestyle & Show Stopper’, festival ini menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung sepanjang dua hari acara berlangsung, menjadikannya platform strategik buat penggiat industri automotif mengetengahkan produk, jenama dan servis mereka kepada umum.

Menurut pengarah program, Firhat Yasir Omar, penganjuran ini bertujuan menyatukan komuniti peminat kereta dalam suasana harmoni dan positif sambil menyemai nilai perpaduan terutama dalam kalangan generasi muda.

Pameran tahun ini menampilkan pelbagai model berprestij daripada jenama ternama seperti Ford Mustang, Nissan GTR, Toyota Supra, Mazda RX-7 & RX-8, serta Chevrolet Camaro.

Penyertaan delegasi antarabangsa dari Thailand dan Singapura bakal mempamerkan jentera modifikasi ekstrem dan koleksi eksotik yang jarang dilihat di Malaysia.

Festival ini dianjurkan oleh Persatuan Autoshow Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Tourism Malaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI