fbpx
Tangkap layar menunjukkan permainan dinaiki puluhan pengunjung itu tiba-tiba runtuh kelmarin. - Instagram

[VIDEO] 23 cedera, permainan taman tema runtuh di Taif 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIYADH – Gabenor Taif, Putera Saud bin Nahar mengarahkan penutupan serta-merta sebuah taman tema susulan permainan yang tiba-tiba runtuh sehingga mencederakan 23 orang, lapor portal berita Saudi Gazette semalam. 

Kejadian berlaku apabila permainan dikenali sebagai ‘360 Degrees’ itu rosak ketika beroperasi di Taman Green Mountain, kota Taif dekat Jeddah kelmarin. 

Rakaman video kejadian yang dimuat  naik di platform Instagram menunjukkan permainan dinaiki puluhan pengunjung itu berputar sebelum patah kepada dua bahagian dan terhempas ke tanah. 

Jeritan kegembiraan bertukar menjadi laungan ngeri apabila permainan itu tiba-tiba runtuh. 

Pengendali permainan dilaporkan melarikan diri semasa kejadian, demikian menurut pihak berkuasa. 

Sebahagian mangsa yang cedera dirawat di tempat kejadian, manakala sebilangan lagi dibawa ke hospital berdekatan. 

Tiada kematian dilaporkan. 

Putera Saud dalam satu kenyataan berkata, siasatan telah dilancarkan untuk mengenal pasti punca kegagalan mekanikal tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN