fbpx
Tangkap layar menunjukkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi menunjukkan isyarat lucah selepas dihon oleh pemandu lori.

[VIDEO] ‘Tindakan tidak bijak walau apa pun alasannya…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang pemandu lori di lebuh raya mengundang kecaman netizen selepas aksinya tular di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Facebook milik Mohd. Fadli Mat Zain, penunggang berkenaan dilihat menunggang dengan kelajuan perlahan di lorong kanan sebelum pemandu lori yang berada di belakangnya membunyikan hon.

Namun, tindakan itu dibalas dengan reaksi tidak wajar apabila penunggang motosikal terbabit menoleh ke belakang dan menunjukkan isyarat jari tengah.

“Rider (penunggang motosikal) tak sayang nyawa. Pemandu lori sudah bagi signal (isyarat), tapi dia tetap tunjuk samseng jalan raya,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam sikap berbahaya dan kurang sopan penunggang terbabit.

“Tindakan yang tidak bijak walau apa pun alasannya kerana merisikokan nyawanya,” tulis seorang pengguna.

“Sudahlah berada di lorong kanan, bawa perlahan pula… lepas itu tunjuk samseng lagi,” kata Saili Gudin.

“Bila ego menguasai diri, beginilah jadinya. Dia menyusahkan pengguna jalan raya lain. Bila berlaku kemalangan, baru nak dolak-dalik salahkan siapa,” ujar Nelly Emily. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI