fbpx
Anwar, selaku pengerusi ASEAN mengadakan mesyuarat bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Phumtham Wechayachai di Putrajaya baru-baru ini. - PMO

Trump ucap penghargaan kepada Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump merakamkan penghargaan terhadap peranan Malaysia yang berjaya menyelesaikan konflik Thailand dan Kemboja.

Anwar berkata, penghargaan tersebut dinyatakan menerusi panggilan telefon bersama Trump pada pukul 6.50 pagi tadi.

Beliau menyatakan kepada Trump penyelesaian konflik itu hasil kesepatan negara-negara ASEAN dan kerjasama negara Amerika Syarikat dan China.

Selain itu Anwar dan Trump turut membincangkan mengenai tarif yang dikenakan terhadap negara ini sebelum ini.

“Kita tunggu esok mungkin ada pengumuman baharu oleh Trump,” kata Perdana Menteri.

Selain itu Anwar turut memaklumkan bahawa Trump sudah menyatakan persetujuan untuk hadir Mesyuarat ASEAN pada Oktober ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI