fbpx
TRUMP menunjukkan rang undang-undang yang baru beliau tandatangani di White House semalam. – AFP

Trump hukum Brazil, umum tarif 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengarahkan tarif tinggi ke atas Brazil dan sekatan terhadap hakim yang mengetuai perbicaraan bagi menghukum sekutunya, Jair Bolsonaro yang dituduh cuba melakukan rampasan kuasa.

Pengumuman tarif 50 peratus itu menyaksikan Trump mengotakan ancaman untuk menggunakan kekuatan ekonomi Amerika Syarikat bagi menghukum Brazil, khususnya Hakim Mahkamah Agung, Alexandre de Moraes atas apa yang beliau sebut sebagai tindakan mencari kesalahan bekas presiden Bolsonaro.

Presiden Brazil,  Luiz Inacio Lula da Silva membalas tindakan Washington dengan berkata, beliau akan mempertahankan ‘kedaulatan rakyat Brazil berhubung langkah-langkah yang diumumkan oleh Trump’.

Perintah eksekutif Trump itu menambah tarif 40 peratus ke atas produk Brazil, menjadikan jumlah duti perdagangan keseluruhan meningkat kepada 50 peratus, kata White House.

Perintah itu menyatakan, cukai import baharu itu bagaimanapun tidak akan berkuat kuasa selama tujuh hari dengan beberapa eksport utama Brazil diberikan pengecualian termasuk pesawat, jus oren dan pulpa, kacang Brazil, beberapa produk besi, keluli serta aluminium.

“Penganiayaan, intimidasi, gangguan, penapisan dan pendakwaan bermotifkan politik oleh kerajaan terhadap (Bolsonaro) serta ribuan penyokongnya jelas pelanggaran hak asasi manusia serius yang menjejaskan kedaulatan undang-undang di Brazil,” kata White House  dalam lembaran fakta yang mengumumkan tarif tersebut.

Bolsonaro berdepan hukuman penjara sehingga 40 tahun kerana didakwa merancang rampasan kuasa untuk kekal berkuasa selepas tewas dalam pilihan raya 2022 kepada Lula yang berhaluan kiri. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI