KUALA LUMPUR – Pengumuman berhubung kadar tarif yang dijadual dibuat hari ini ditangguhkan ke esok dengan harapan keputusan itu tidak membebankan ekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara akan terus berwaspada terhadap kesan keputusan berkenaan, terutamanya dalam menguruskan kemungkinan peningkatan kos dan harga barangan.
“Beliau memutuskan untuk menangguh pengumuman keesokannya dan kadar tarif akan diumumkan esok dan kita doa insya-Allah ia akan membantu dan tidak membebankan ekonomi negara kita,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, negara turut menekankan keperluan membina ketahanan domestik dalam menghadapi sebarang cabaran susulan pengumuman tersebut.
“Yang penting ialah seperti mana yang pernah saya sebut di sini, resiliens domestik, ketahanan yang harus kita bina,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE