fbpx
Gambar hiasan.

Selisih faham punca lelaki acu pisau pada rakan sekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Perselisihan faham kerana tidak puas hati mengenai hal kerja menjadi punca seorang lelaki bertindak mengacu pisau kepada rakan sekerjanya di sebuah restoran, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, pengadu dan suspek didapati bertengkar di tempat kerja.

Menurutnya, suspek cuba mengajak pengadu untuk pergi ke belakang kedai.

“Apabila pengadu menolak ajakan tersebut, suspek mengambil pisau dan mengacukan kepada pengadu.

“Keajdian itu menyebabkan berlaku pergelutan sebelum suspek memaksa pengadu pergi ke belakang kedai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd. Azam berkata, pengadu kemudian melarikan diri selepas pergi ke belakang kedai.

Sehubungan itu katanya, polis menahan seorang lelaki tempatan kira-kira pukul 11 malam, Isnin lalu, di sekitar Ampang Jaya.

“Saringan ujian air kencing suspek didapati negatif selain tidak mempunyai rekod lampau.

“Suspek direman selama tiga hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan merujuk kepada ugutan jenayah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI