fbpx
Gambar hiasan

RMK13: Sektor kesihatan terima peruntukan RM40 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sektor kesihatan akan menerima peruntukan sebanyak RM40 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini termasuk bagi mengurangkan perbelanjaan rakyat atau ‘out of pocket expenses’ untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan.

“Skim Perubatan Madani juga antara ikhtiar penting kerajaan untuk memastikan akses penjagaan kesihatan yang lebih meluas, terangkum, berkualiti dan mampu dibayar untuk rakyat.

“Selain itu cukai pro-kesihatan akan diperluas daripada gula kepada produk seperti tembakau, vape dan alkohol, bukan sekadar untuk hasil, tetapi bagi mendorong perubahan tingkah laku dan membendung peningkatan NCD yang kian membimbangkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, lebih banyak projek pembinaan serta naik taraf hospital dan klinik kerajaan termasuk yang daif akan dilaksanakan.

Ujarnya rangka kerja pembangunan profesional sektor kesihatan peringkat kebangsaan juga akan dibangunkan untuk menangani isu keperluan sumber manusia.

“Ikhtiar ini merangkumi latihan pra-perkhidmatan, pelesenan dan pendaftaran, pengambilan, penempatan, serta pembangunan kerjaya bagi memastikan pengekalan bakat dalam sektor kesihatan.

“Pengurusan rekod kesihatan akan diperkukuh sebagai teras pendigitalan sistem kesihatan. Usaha ini akan memantapkan keupayaan saling kebolehkendalian merentas fasiliti kesihatan.

“Ini akan menyumbang kepada penjanaan analitik kesihatan berimpak tinggi yang diperkasa dengan AI sebagai usaha mempertingkat kualiti penjagaan kesihatan rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN