fbpx
GAMBAR JANAAN AI

RMK13: Rakyat digalak jana tenaga boleh baharu sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri memaklumkan, sistem pasaran tenaga elektrik yang lebih inovatif berdasarkan kos sebenar perolehan penjanaan tenaga termasuk tenaga boleh baharu (TBB) akan diwujudkan di negara ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu akan membuka peluang kepada lebih ramai pemain industri untuk terlibat dan bersaing dengan lebih sihat dan telus.

Jelasya, rakyat juga boleh menjana TBB di bawah bawah konsep akses grid terbuka melalui Program Community Renewable Energy Aggregation Mechanism (CREAM).

“Inisiatif Dana Kemudahan Peralihan Tenaga Negara serta Program Pembekalan Elektrik Tenaga Boleh Baharu Korporat akan mempercepatkan pelaburan dalam tenaga hijau.

“Penglibatan sektor swasta akan memperkukuh keseluruhan rantaian nilai tenaga mampan negara,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan memperkenalkan sistem simpanan tenaga bateri (BESS), grid pintar serta projek sambungan bekalan elektrik dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) bagi mengoptimumkan integrasi tenaga boleh baharu antara wilayah.

Selain itu.katanya, inisiatif solar terapung hibrid hidro dan hab hidrogen hijau di Kenyir akan diperluas sebagai model tenaga hijau bersepadu, manakala tenaga nuklear turut dipertimbangkan sebagai sumber tenaga bersih yang berdaya saing dan selamat.

“Bagi memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga, kerajaan juga akan membangunkan Kompleks Terminal Penggasan Semula Ketiga di Lumut, Perak,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI