fbpx
Gambar hiasan

RMK13: Peruntukan sebanyak RM611 bilion diperlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM611 bilion untuk memastikan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) mencapai objektif dan memastikan negara mampu melonjak ke arah negara berpendapatan tinggi dan menyediakan kehidupan berkualiti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah tersebut kerajaan memperuntukkan RM430 bilion dengan melibatkan peruntukan pembangunan.

Jelasnya, pembiayaan daripada GLC dan GLIC berjumlah RM120 bilion dan sokongan pihak swasta pula, melalui kaedah perkongsian awam swasta (PPP) adalah sebanyak RM61 bilion.

“Daripada peruntukan RM430 bilion tersebut, lebih daripada separuh iaitu sebanyak RM227 bilion akan disalurkan kepada sektor ekonomi sebagai tunjang utama pertumbuhan negara.

“Sektor sosial turut diberi keutamaan. RM133 bilion diperuntukkan dengan sektor pendidikan menerima RM67 bilion, manakala sektor kesihatan diperuntukkan RM39 bilion,” katanya ketika pembentangan di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sektor keselamatan pula akan diperuntukan RM51 bilion, manakala sektor pentadbiran akan menerima RM17 bilion.

“Agihan strategik ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memacu pembangunan negara secara menyeluruh dan berimpak tinggi.

“Dengan berjayanya kebijakan ikhtiar ini, menjelang 2030, kita bukan sekadar memiliki pencapaian material yang hebat dan mampu mengeluarkan produk bernilai tinggi, malah kita juga mempunyai rakyat yang berjiwa besar, hidup bersatu padu, saling menghormati kepelbagaian budaya dan memiliki jati diri yang utuh. Inilah impian Malaysia Madani,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI