fbpx
Gambar hiasan

RMK13: Kerajaan wujudkan gerbang tunggal sektor awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mewujudkan gerbang tunggal sektor awam sebagai platform sehenti bagi memudahkan urusan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di bawah usaha pendigitalan perkhidmatan awam melalui GovTech, MyDigital ID akan diperkenalkan sebagai kunci pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih.

Beliau berkata bagi memudahkan akses kepada pelbagai kemudahan awam dalam talian.

“Gerbang tunggal sektor awam juga akan dibangunkan sebagai platform sehenti bagi memudahkan urusan rakyat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau, kerajaan komited untuk memperkukuh ekosistem tadbir urus melalui reformasi perundangan dan institusi termasuk Parlimen.

Kata beliau, ia dengan pengukuhan mekanisme pemantauan dan penerapan nilai integriti sejak peringkat awal pendidikan hingga ke jentera pentadbiran.

“Pembaharuan menyeluruh akan dilaksanakan melalui penguatkuasaan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dengan keutamaan diberikan kepada usaha mengurangkan beban kawal selia yang membelenggu rakyat dan komuniti perniagaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI